Seberang Perai Selatan Banjir Kilat Tarikh Kejadian : Ahad, 10-Sep-2017


Penutupan Pusat Pemindahan Banjir


Tarikh : 11/09/2017

Masa : 10.00 Pagi

Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Serbaguna Jawi di tutup pada jam 10.00 pagi berikutan air telah surut di kawasan yang terlibat.


LAPORAN TERKINI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR, DEWAN SERBAGUNA JAWI


Tarikh : 11/09/2017

Masa : 8.30 pagi

Pusat Pemindahan di buka : Dewan Serbaguna Jawi

Bilangan keluarga terlibat : 25 

Bilangan mangsa terlibat : 92 orang

 

Catatan:

Berdasarkan laporan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia memaklumkan bahawa didapati air surut di kebanyakan kawasan sehingga pagi ini.



Pada 9/09/2017 (Sabtu) jam 7.00 malam Pusat Pemindahan Mangsa Banjir telah dibuka di Dewan Serbaguna Jawi.

Sehingga jam 11.45 malam seramai 20 bilangan keluarga melibatkan 71 mangsa banjir telah ditempatkan di sini. Mangsa yang terlibat adalah terdiri daripada kawasan Sungai Duri, Kampung Sethu, Kampung Kovil, Kampung Jawi dan Taman Desa Jawi.

Pada 10/09/2017( Ahad ) jam 3.00 pagi terdapat penambahan seramai 25 keluarga melibatkan 83 mangsa banjir telah ditempatkan.

Pada jam 9.30 pagi seramai 10 keluarga melibatkan 26 mangsa telah pulang kerumah masing-masing berikutan cuaca cerah dan paras air banjir telah surut di beberapa kawasan Kampung Jawi, Kampung Sethu dan Kampung Kovil, menjadikan seramai 15 keluarga melibatkan 57 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan ini.

Sekitar jam 1.00 ptg, hujan lebat telah berlaku dan menyebebkan paras air sungai Jejawi telah meningkat dan berarus deras.

Pada jam 9.00 malam, jumlah keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan telah meningkat menjadikannya 19 keluarga dan seramai 81 mangsa banjir terlibat.