Daerah Timur Laut Kebakaran

Kebakaran Rumah Kedai, Jalan Penang, Georgetown Pulau Pinang - Selasa, 12 September 2017

Masa kejadian : 9.43

Tindakan : Balai Bomba Lebuh Pantai & Balai Bomba Jalan Perak

Jentera & Anggota : FRT JPK x 8 orang termasuk Penyelia, LFRT JPK x 7 orang termasuk Penyelia dan W/Tanker (JPK) x 3 anggota.

Jumlah Keanggotaan : 25 orang anggota

Ringkasan Kejadian :

Sampai di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan 3 unit rumah kedai 2 tingkat kelas A dengan anggaran keluasan adalah 20 x 80 kaki persegi setiap unit dan peratusan kemusnahan kebakaran pada masa ini hampir 90% bagi ketiga-tiga unit. Terdapat seorang mangsa telah pengsan di luar bangunan dan telah dihantar ke hospital oleh ambulan Hospital.

Tindakan yang sedang dilakukan :

Ketua Operasi membuat "size up" dan mengarahkan anggota dengan PPE lengkap membuat kerja-kerja pengawalan dan pemadaman. Kebakaran telah dapat dikawal pada jam 11.28 pagi. Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.