Daerah Barat Daya Pemakluman Tarikh Kejadian : Selasa, 30-Jan-2018


Masa/Tarikh: 9.00pagi – 9.00malam SABTU, 3/2/2018.
Menjejaskan: 5,500 pengguna.
Sebab: Lencongan saluran paip bekalan air untuk membolehkan “Projek Menaiktaraf Jalan P10 JKR dari Batu Maung sehingga Jalan Sultan Azlan Shah”.

PULAU PINANG, Isnin (29/1/2018): Projek menaik taraf jalan JKR yang dijalankan dari Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah memerlukan saluran paip air 600mm MS (paip keluli lembut) sedia ada di sepanjang Jalan Permatang Damar Laut dilencongkan pada 3/2/2018.

Tiga (3) penyambungan paip utama dijadualkan di Jalan Permatang Damar Laut. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) terpaksa “menutup” saluran paip bekalan air 600mm MS di kawasan itu.

Henti tugas saluran paip akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam, dan pengguna di kawasan berikut dinasihatkan untuk menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam pada 3/2/2018:

  1. Jalan Permatang Damar Laut
  2. Kawasan Masjid Jamek Kampung Binjai
  3. Kampung Binjai
  4. Taman Sri Bayan Emas
  5. Kampung Padang
  6. Kampung Seronok
  7. Kawasan Masjid Kampung Seronok
  8. Kampung Baruh
  9. Taman Sakura 28
  10. Kampung Bukit

Gangguan bekalan air berjadual ini akan melibatkan seramai 5,500 orang.
Bagaimanapun, bekalan air ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan kawasan Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas tidak akan terjejas.

Harap maklum bahawa kerja pelencongan paip ini perlu untuk membolehkan projek JKR yang sedang dilaksanakan. Saluran paip bekalan air PBAPP mesti dilencongkan dengan selamat untuk mengelak kejadian tidak diingini dan memastikan bekalan air yang baik dan berterusan.

Sila simpan air yang mencukupi untuk kegunaan dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam hari Sabtu, 3/2/2018. PBAPP memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Terima kasih.

Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa,
Ketua Pegawai Eksekutif,
PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

Sumber dari http://www.pba.com.my 29 Januari 2018