Seberang Perai Tengah Penutupan Jalan Tarikh Kejadian : Rabu, 21-Mac-2018


Penutupan jalan bersebelahan stesen minyak Petronas antara persimpangan Jalan Perda Utama hingga Lorong Perda Utama 5, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah dari jam 9.00 pagi pada 21 Mac 2018 hingga 12.00 malam pada 25 Mac 2018

Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar serta keselamatan sepanjang aktiviti dijalankan,pihak pejabat YB telah memohon untuk penutupan jalan bersebelahan stesen minyak Petronas antara persimpangan Jalan Perda Utama hingga Lorong Perda Utama 5.

Laluan alternatif yang dicadangkan adalah Lorong Perda Utama 5 dan Lorong Perda Utama 7.