Daerah Timur Laut Pemakluman Tarikh Kejadian : Sabtu, 10-Mac-2018


• Masa/Tarikh: 9.00 pagi – 9.00 malam pada SABTU, 10/3/2018.
• Menjejaskan: 30,000 orang.
• Sebab: Lencongan saluran paip bekalan air 450mm dari tapak pembinaan Projek Jambatan “Arch” JKR di Jalan Sungai Dua

PULAU PINANG, Isnin (5/3/2018): Kerja-kerja lencongan saluran paip
bekalan air akan dijalankan di Jalan Sungai Dua (berhampiran Restoran
Golden Phoenix), pada hari Sabtu, 10/3/2018.
Paip air 450mm sedia ada akan dilencongkan dari kawasan pembinaan
projek Jambatan “Arch” JKR.
Bagi membolehkan kerja pelencongan saluran paip, Perbadanan Bekalan
Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) perlu “menutup” bekalan air di
kawasan itu buat sementara waktu. Langkah ini akan menyebabkan
gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam di kawasan itu dari Jalan
Sungai Dua sehingga ke Jalan Pekaka 1.
Kira-kira 30,000 pengguna air akan terjejas oleh gangguan bekalan air
berjadual ini.
Oleh itu, pengguna air di kawasan berikut dinasihati agar menyimpan air
yang mencukupi untuk kegunaan dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada
10/3/2018:

1 Universiti Sains Malaysia (USM), Jalan Sungai Dua
2 Tesco Extra Sungai Dua 13 Lengkok Pekaka
3 Jalan Sungai Dua 14 Solok Pekaka 1 dan 2
4 Lorong Sungai Dua 15 Lebuh Pekaka 1, 2, 3 dan 4
5 Lengkok Sungai Dua 16 Desa Permai Indah
6 Persiaran Sungai Dua 17 Lorong Helang 1, 2 dan 3
7 Jalan Murai 18 Jalan Helang
8 Medan Murai 1, 2 dan 3 19 Jalan Merak
9 Taman Pekaka 20 Lintang Merak
10 Jalan Pekaka 1 dan 2 21 Lorong Merak 1 dan 2
11 Lorong Pekaka 1, 2, 3, 4, 5 dan 6
12 Lintang Pekaka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9

PBAPP memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.
Harap maklum bahawa kerja pelencongan paip ini perlu untuk
memudahkan Projek Jambatan “Arch” oleh JKR. Saluran paip bekalan air
PBAPP harus dialihkan dengan selamat dari tapak kerja JKR untuk
mencegah kemalangan dan memastikan bekalan air yang berterusan.
Penduduk yang terlibat diingatkan untuk menyimpan air yang mencukupi
untuk kegunaan dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam hari Sabtu,
10/3/2018.

Terima kasih.

Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa,
Ketua Pegawai Eksekutif,
PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

------------------------------------------------------------------------------

Dikeluarkan oleh : Puan Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 04-200 6607
Emel : syarifah@pba.com.my


Sumber dari http://www.pba.com.my 5 Mac 2018