Seberang Perai Utara Ribut Tarikh Kejadian : Jumaat, 23-Mac-2018

GUAR KEPAH, KEPALA BATAS, 23 Mac 2018 - Satu kejadian bencana ribut telah berlaku di Guar Kepah, Kepala Batas Seberang Perai Utara mengakibatkan 17 buah rumah rosak. Kejadian berkenaan berlaku diantara jam 5.15 petang pada 23 Mac 2018. Lantaran itu, Pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah SPU bersama Penghulu Kawasan telah turun ke lokasi kejadian dan menjalankan tinjauan susulan. Bantuan segera melalui Tabung TYT juga diagihkan kepada mangsa yang terlibat pada hari berikutnya oleh YB. Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.