Seberang Perai Utara Penutupan Jalan Tarikh Kejadian : Sabtu, 28-Apr-2018


Assalammualaikum/salam sejahtera..

[PERHATIAN]

Bersempena dengan program penamaan calon PRU14 yang akan berlansung pada 28/4/2018 (Sabtu), beberapa jalan-jalan utama akan ditutup sementara dan akan dibuat lencongan kepada jalan-jalan alternatif. Penutupan jalan tersebut dijangka akan bermula daripada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut :

1.Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir ( Berhadapan ILP),Kepala Batas.

Jalan Alternatif
>>Jalan Persiaran Seksyen 4 Putra Bertam

2.Jalan Raja Uda ( Berhadapan SJK (c) Kwang Hwa),Butterworth.

Jalan Alternatif
>> Jalan Kg Paya
>>Jalan Ong Yi How

3.Jalan Utama Sg Dua ( Berhadapan Dewan Besar Sg Dua), Sg Dua.

Jalan Alternatif
>> Jalan Lebuh Banting/Air Hitam
>>Jalan Permatang Sungai Dua

Pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan-jalan tersebut adalah dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan-laluan alternatif yang disediakan.

Sekian terima kasih

 

#PRU14

#JabatanKerjaRayaSPU