Seberang Perai Tengah Penutupan Jalan Tarikh Kejadian : Sabtu, 28-Apr-2018

Assalammualaikum/salam sejahtera..

[PERHATIAN]

Bersempena dengan program penamaan calon PRU14 yang akan berlangsung pada 28/4/2018 (Sabtu), terdapat jalan-jalan utama di Daerah SPT akan ditutup sementara dan akan dibuat lencongan kepada jalan-jalan alternatif. Penutupan jalan tersebut dijangka akan bermula daripada pukul 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. 

Jalan yang terlibat adalah Jalan Berapit P131 dari kedua2 arah di simpang Berapit & simpang Mengkuang sempena Penamaan Calon PRU14 P.044 Permatang Pauh.

Jalan Altenatif adalah melalui Jalan Mengkuang - Jalan Sungai Lembu untuk ke Kulim @ melalui Jalan Machang Bubok.

Pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut adalah dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan-laluan alternatif yang disediakan.

Sekian. Harap maaf di atas kesulitan yang dialami.