Daerah Timur Laut Kebakaran Tarikh Kejadian : Jumaat, 04-Mei-2018


Berlaku satu kejadian kebakaran melibatkan 3 buah rumah di Sungai Pinang (Lo Bun Kong), berhadapan Maybank Sungai Pinang, sebelah Flat Mutiara Vista kira-kira jam 7.30 pagi hari ini ( 04 Mei 2018 ), melibatkan mangsa 12 orang yang terdiri daripada tiga (3) buah keluarga. Buat masa sekarang, dua (2) keluarga yang terdiri daripada 11 orang mangsa akan menetap di rumah saudara dan seorang mangsa telah diluluskan untuk penetapan sementara di Rumah Bencana MBPP. Bantuan awal Tabung TYT berjumlah RM1,000 setiap keluarga telah dibayar kepada mangsa pada hari ini.