Daerah Timur Laut Kebakaran Tarikh Kejadian : Sabtu, 26-Mei-2018


Berlaku satu kejadian kebakaran melibatkan 3 lot rumah teres (Rumah Panjang Tg. Tokong) kira-kira jam 1.37 petang hari ini ( 26 Mei 2018 ), melibatkan mangsa 10 orang ( 8 Dewasa / 2 kanak-kanak ) yang terdiri daripada tiga (3) buah keluarga.

Buat masa sekarang, semua mangsa dipindahkan ke Surau Desiran Tanjung. Mangsa juga tidak dapat bermalam di rumah kerana masih basah dan tiada bekalan elektrik. Tiada mangsa dilaporkan cedera.

Punca kebakaran masih belum dikenalpasti dan siasatan masih dijalankan oleh pihak Forensik BOMBA. Keadaan keseluruhan terkawal.