Info Am Pemakluman Tarikh Kejadian : Isnin, 24-Jun-2019


BEKALAN AIR KEMBALI PULIH


Bekalan air kepada 200,000 pengguna di Seberang Prai Tengah, Seberang Prai Selatan dan bahagian selatan Pulau Pinang kembali pulih mengikut jadual, secara berperingkat-peringkat bermula jam 3.00 petang, kecuali di kawasan tinggi dan yang terletak di hujung sistem agihan air PBAPP. 

 

 



Pada 5.30pm hari ini, paip utama air terawat yang bersaiz 1100mm telah pecah di Loji Rawatan Air Sungai Dua iaitu loji rawatan air yang terbesar di Pulau Pinang. Kejadian ini telah menyebabkan pengeluaran air loji rawatan ini menurun sebanyak 21.5 % (lebih kurang 230 juta liter air sehari atau MLD)

Kejadian luar jangka ini telah menyebabkan tekanan air rendah atau gangguan bekalan air yang tidak berjadual di kawasan-kawasan tertentu yang akan menjejaskan kira-kira 200,000 pengguna air berdaftar di SPT, SPS dan kawasan Selatan Pulau Pinang.

Sila ambil maklum bahawa kejadian ini adalah gangguan bekalan air tidak berjadual.

Pekerja-pekerja PBAPP sedang giat berusaha untuk membaiki paip tersebut . Sebarang laporan terkini berkenaan pembaikan tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa.