Soalan Lazim



1. Siapakah yang bertanggungjawab memberi bantuan kepada mangsa bencana?

PDT (Pejabat Daerah dan Tanah) dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

 

2. Berapakah nilai bantuan yang layak diterima oleh mangsa bencana?

Nilai bantuan adalah berdasarkan penelitian/pemeriksaan tapak dan semakan dari segi nilai kerugian serta syor daripada pengurusan bencana
 
3. Berapakah nilai maksima bantuan yang boleh diterima oleh mangsa bencana?
Nilai maksima bantuan adalah berdasarkan penelitian/pemeriksaan tapak dan semakan terperinci dari segi nilai kerugian yang dialami serta ketetapan syor daripada pengurusan bencana 

 

4. Apakah Tujuan Tabung Bencana TYT ini ditubuhkan?

Tujuan Tabung Bencana TYT ini ditubuhkan kerana untuk memperakaunkan terimaan sumbangan daripada kerajaan, individu, syarikat atau pertubuhan/badan swasta yang ingin menderma kepada mangsa-mangsa kejadian bencana alam


5. Apakah bentuk bantuan yang disalurkan melalui tabung ini?

Bentuk bantuan yang disalurkan melalui tabung ini melalui saguhati berupa wang ringgit

 

6. Dari mana sumber dana Tabung Bencana TYT diperolehi?

Sumber dana Tabung Bencana TYT ini diperolehi dari Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa yang ditubuhkan

 

7. Bilakah Tabung Bencana TYT ini ditubuhkan?

Tabung Bencana TYT ini ditubuhkan pada Tahun 1998

 

8. Apakah jenis bencana diklasifikasikan untuk menerima bantuan dari Tabung Bencana ini?

Jenis bencana yang diklasifikasikan seperti banjir, ribut taufan, tanah runtuh gempa bumi tsunami, kebakaran dan kejadian-kejadian lain yang mendatangkan penderitaan kepada mangsa-mangsa yang terlibat


 



Laman UtamaArkib Pemakluman