Soalan Lazim

Persoalan

Q. Siapakah yang bertanggungjawab memberi bantuan kepada mangsa bencana?

PDT (Pejabat Daerah dan Tanah) dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Q. Berapakah nilai bantuan yang layak diterima oleh mangsa bencana?

Nilai bantuan adalah berdasarkan penelitian/pemeriksaan tapak dan semakan dari segi nilai kerugian serta syor daripada pengurusan bencana

Q. Berapakah nilai maksima bantuan yang boleh diterima oleh mangsa bencana?

Nilai maksima bantuan adalah berdasarkan penelitian/pemeriksaan tapak dan semakan terperinci dari segi nilai kerugian yang dialami serta ketetapan syor daripada pengurusan bencana

Q. Apakah Tujuan Tabung Bencana TYT ini ditubuhkan?

Tujuan Tabung Bencana TYT ini ditubuhkan kerana untuk memperakaunkan terimaan sumbangan daripada kerajaan, individu, syarikat atau pertubuhan/badan swasta yang ingin menderma kepada mangsa-mangsa kejadian bencana alam

Q. Apakah bentuk bantuan yang disalurkan melalui tabung ini?

Bentuk bantuan yang disalurkan melalui tabung ini melalui saguhati berupa wang ringgit

Q. Bilakah Tabung Bencana TYT ini ditubuhkan?

Tabung Bencana TYT ini ditubuhkan pada Tahun 1998

Q. Dari mana sumber dana Tabung Bencana TYT diperolehi?

Sumber dana Tabung Bencana TYT ini diperolehi dari Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa yang ditubuhkan

Q. Apakah jenis bencana diklasifikasikan untuk menerima bantuan dari Tabung Bencana ini?

Jenis bencana yang diklasifikasikan seperti banjir, ribut taufan, tanah runtuh gempa bumi tsunami, kebakaran dan kejadian-kejadian lain yang mendatangkan penderitaan kepada mangsa-mangsa yang terlibat

Q. Apakah yang dimaksudkan dengan MKN 20?

MKN 20 adalah arahan atau prosedur standard mengenai dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia.

Q. Adakah arahan ini terpakai kepada semua orang?

Arahan ini adalah prosedur gunasama yang dipraktikkan oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam menangani bencana. Orang awam adalah tertakluk kepada keperluan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib yang berkenaan.

Q. Apakah tumpuan atau sasaran utama arahan ini diperkenalkan?

Tumpuan utama arahan ini adalah ke arah Pengurangan Risiko Bencana secara berterusan melalui program-program Pencegahan, Peredaan dan Kesiapsiagaan menghadapi Bencana. Usaha ini adalah selaras dengan inisiatif yang dilakukan di peringkat antarabangsa.

Q. Apakah yang ditakrifkan sebagai bencana dalam MKN 20?

Bencana ditakrifkan sebagai suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif;

Q. Apakah fungsi utama pemakluman dalam Portal Penang Alert?

Pemakluman adalah hebahan berhubung perkara, insiden, kejadian dan apa jua bentuk perkhabaran yang melibatkan situasi yang boleh menjejaskan atau mengganggu perancangan serta membantu memudahkan persediaan oleh orang awam di Negeri Pulau Pinang.

Q. Adakah semua perkara atau kejadian yang berlaku di Negeri Pulau Pinang akan dibuat pemakluman?

Tidak, hanya perkara-perkara tertentu yang wajar serta melibatkan orang awam secara kolektif dan perkara-perkara yang perlu dimaklumkan untuk perhatian umum sahaja akan dimuatkan.

Q. Siapakah dan apakah yang diperlukan untuk mengakses pemakluman ini?

Portal Penang Alert boleh diakses melalui penyambungan ke internet oleh sesiapa sahaja samada melalui komputer atau peranti mudah alih.

Q. Adakah semua maklumat yang dipaparkan sahih?

Maklumat atau sebarang pemberitahuan melalui Pemakluman Portal Penang Alert adalah maklumat sahih dan betul yang perlu mendapat pengesahan oleh Jabatan/ Agensi Berwajib sebelum dibuat pemberitahuannya kepada umum.