Daerah Timur Laut Tanah Runtuh Tarikh Kejadian : Selasa, 25-Jun-2019


Kejadian tanah runtuh di Lost Paradise Resort, Tanjong Bungah. Empat orang mangsa pekerja pembinaan warga Myanmar tertimbus. Keadaan terkini masih belum dapat dipastikan. Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan oleh agensi penyelamat yang berada di lokasi.

Kemaskini Laporan Kejadian Tanah Runtuh di Lost Paradise Resort, Tanjong Bungah

Pada 25 Jun 2019, 2145hrs, kejadian tanah runtuh telah berlaku di Lost Paradise Resort, Tanjong Bungah, Jalan Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Mangsa keempat telah ditemui pada jam 0335 hrs. Identiti dan butir penuh kesemua mangsa masih belum dapat dikenalpasti.

Operasi SAR ini ditamatkan sebaik sahaja mayat keempat dibawa keluar dari lokasi.